Gelombang Siri 2 – Pak Hamid

Siri Gelombang – Artikel Bahasa Melayu 2022 – HFED

Jauh termenung pak hang, awatnya” sapa isteri Pak Hamid bila melihat lama Pak Hamid berdiam diri.

Artikel ini merupakan artikel bersiri yang membawa episod kenangan serta teladan yang “Kita ni la, lagu mana cerita, budak dah lama tak sekolah, nak berhidup lagu mana. Bas kita tu dah lama tersadai. Duit bas nak kena bayaq, jenuh kita”, terang Pak Hamid dalam loghat utara.

Pak Hamid merupakan seorang pengusaha bas sekolah, namun sejak Covid-19 melanda dan sesi persekolahan dihentikan, Pak Hamid tidak lagi mempunyai pendapatan sedangkan bas yang beliau miliki masih mempunyai pajakan. Pak Hamid merupakan diantara ribuan yang bekerja sendiri, usahawan mahupun PKS yang terkesan akibat virus yang melanda.

Pak Hamid harus memikirkan altenatif lain bagi meneruskan kelangsungan hidup. Hendak harapkan anak-anak, mereka juga pasti berada didalam kesempitan sepertinya kerana semua anak-anak Pak Hamid sudah berkeluarga. Hanya yang bongsu sahaja masih tinggal bersama. Sebagai ketua keluarga, Pak Hamid harus kuat dan tidak mudah putus asa. Pak Hamid juga tidak betah duduk dirumah tanpa melakukan apa-apa. Pak Hamid harus memikirkan sesuatu walaupun dengan bantuan yang diterima (termasuk bantuan pesara kerajaan) Pak Hamid tetap akan ikhtiarkan sesuatu. Alasan sekolah tidak dibuka dan perkhidmatan bas sekolah tidak diperlukan tidak boleh dijadikan penyebab untuk berpeluk tubuh dan menerima sebagai takdir kehidupan. Pak Hamid yang merupakan bekas askar sudah terdidik tegas dan disiplin dalam kehidupan, maka Pak Hamid tidak mahu megalah dengan keadaan dan menyalahkan Covid-19 sebagai punca pendapatannya hilang. Pak Hamid yakin, rezekinya masih luas.

Berbekalkan semangat, galakkan serta panduan dan bantuan yang disediakan oleh kerajaan bagi mereka yang terjejas, Pak Hamid cuba untuk berniaga. Perniagaan yang Pak Hamid nampak relevan adalah menjadi pembekal bekalan bahan mentah di kawasan berdekatan. Pak Hamid membekal ikan, sayur-sayuran dan juga bahan runcit lain sekiranya ada permintaan. Memandangkan semua pasar tani, pasar malam dan pekan sehari (pasar nat bagi sebelah utara negara) masih tidak dibenarkan, Pak Hamid cuba membekalkan keperluan harian berdasarkan tempahan yang diterima. Agak sukar pada mulanya, memandangkan banyak peraturan dikenakan selain peraturan pergerakkan, Pak Hamid juga memerlukan beberapa dokumen pengesahan menjalankan perniagaan di musim Covid. Alah bisa tegal biasa bak kata pepatah, susah pada awalnya namun lama-kelamaan menjadi kebiasaan.

Dalam Pak Hamid “struggle” meneruskan kehidupan, masih ramai diluar sana yang masih belum mampu untuk bangkit. Jangan katakan bangkit, yang jatuh masih belum bangun juga masih ramai. Banyak premis perniagaan, seperti kedai makan yang masih tutup dan tidak mampu lagi untuk beroperasi. Mana dengan sewa kedai yang tertunggak, pekerja yang tidak lagi mampu untuk digaji, bil yang belum dijelaskan dan pelbagai kos lain yang perlu dijelaskan. Diantara bantuan yang diberikan oleh kerajaan seperti PEMULIH (bantuan tunai – BPR, diskaun bil elektrik, bakul bantuan makanan, GKP 3.0, Bantuan Khas Covid – BKC dan juga pengeluaran KWSP), namun bantuan ini hanya mampu meringankan beban untuk sementara waktu. Manakala PKS masih terkesan dan memerlukan suntikkan modal bagi meneruskan perniagaan.

Pak Hamid bersyukur kerana masih mampu untuk menjana pendapatan walaupun tidaklah seperti dahulu. Pajakkan bas telah diberi penangguhan dan ini sangat melegakan walaupun ia bersifat sementara. Pak Hamid tidak tahu berapa lama masa yang diambil untuk keadaan pulih, namun Pak Hamid tidak mahu terus mengeluh, kerana ia tidak akan membawa apa-apa perubahan.

Tidak semua mampu untuk menjadi seperti Pak Hamid kerana rata-rata peniaga yang penulis jumpa, menzahirkan rasa kecewa, putus asa dan kesal. Mereka terputus bekalan makanan, tiada punca pendapatan, hilang pekerjaan dan keluarga menjadi porak peranda dan kucar-kacir. Ini adalah hasil dari pandangan kasar penulis yang “berkampung” hampir 2 tahun di kampung halaman sendiri akibat pandemik dan bekerja dari rumah. Walau penulis tidak menjumpai bendera putih yang diangkat, namun kawasan kami ternyata sunyi akibat penutupan premis perniagaan. Jarak pergerakkan yang dihadkan tidak melebihi 10 km pada ketika itu turut menjejaskan pergerakkan. (Sumber: Berita Harian)

Namun, setelah 2 tahun berlalu, banyak yang kita belajar dan teladani dari peristiwa Covid-19, walau ia masih belum berakhir. Selain dari bantuan yang disediakan terutamanya kepada PKS melalui Bajet 2022, penulis turut menyarankan agar mereka yang masih terkesan, tampil untuk kami bantu melalui khidmat nasihat kami selain perkhidmatan kami yang lain kerana kami yakin masih ramai seperti Pak Hamid, namun sekiranya sudah puas berikhtiar dan berusaha, mari kita cuba untuk dapatkan khidmat nasihat pakar. Layari laman sesawang kami di (Sumber: AKPK) bagi mendapatkan maklumat lanjut.

AKPK Sahabat Kewangan Anda! #untukesokyanglebihbaik